Wednesday, March 11, 2015

Wajah di Surabaya

Perjalanan kali ini ke Jawa Timur iaitu di Surabaya dan berbekalkan wang sebanyak RM400.00 untuk 3 hari 2 malam. 

*Keterangan untuk gambar-gambar ada di bawah gambar.

Hari pertama di Surabaya.


Seorang nenek tua melihat dalam wajah seribu erti pembonceng motosikal di Stesen Minyak Pertamina.

Para muslimin berehat seketika selepas solat fardhu Jumaat di Masjid Cheng Hoo sebelum menyambung semula tugas dan pekerjaan seharian.

Berbeza dengan muslimin ini, dia memilih untuk membaca beberapa potongan ayat al-Quran selepas solat fardhu Jumaat.

Kegiatan biasa bagi lelaki dewasa di Indonesia. Harga rokok di sana sekitar RM4.50 atau 12,000 rupiah hingga 14,000 rupiah

Seorang remaja lelaki mengambil upah untuk mengendong seorang kanak-kanak sementara ibunya menunaikan solat fardhu Zohor.

Antara pengunjung yang hadir melihat keindahan dan sejarah yang ada di Masjid Cheong Hoo.

***
Perjalanan dari Lapangan Terbang Juanda ke puncak Gunung Bromo mengambil masa sekurang-kurang lima atau enam jam.

Hari Kedua.


Antara pengunjung yang hadir bagi melihat 'Sunrise' di salah satu tempat yang digelar 'Penanjakkan'. Walaubagaimanapun, pengunjung-pengunjung kecewa tidak dapat melihat matahari terbit ekoran kabus yang terlalu tebal.






Makanan panas seperti jagung, telur rebus, mee segera, dan goreng pisang turut dijual di tempat Penanjakkan. Makanan panas dijual kerana suhu yang sejuk sekitar 5 darjah celcius hingga 0 darjah celcius.
Selain makanan, bunga-bungaan turut dijual dengan harga 10,000 rupiah. Bunga-bunga ini dikutip oleh penduduk tempatan di gunung berhampiran.
Salah satu pengangkutan untuk melihat kawah gunung berapi di Bromo. Kebanyakkan kuda ini adalah milik 'orang kaya' dan disewakan kepada penduduk tempatan.
Kos untuk menaiki kuda ini adalah 125,000 rupiah. Perjalanan untuk ke kawah gunung berapi mengambil masa selama 20 minit sekiranya berkuda, dan kira-kira 45 minit jika berjalan kaki.
Salah seorang penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan. Gambar ini diambil sekitar jam 6.30 pagi waktu Malaysia. 


Untuk melihat kawah gunung berapi pengunjung perlu mendaki kira-kira 200 anak tangga untuk ke puncak gunung.



Kira-kira 100 ekor kuda yang disewa oleh penduduk tempatan untuk mereka mencari rezeki. Jagung dan rumput antara makanan yang diberikan kepada kuda jagaan mereka.


Sempat juga berkunjung ke Gunung Savana atau lebih dikenali Gunung Teletubbies kerana pemandangan gunungnya yang menghijau.
Salah satu aktiviti anak muda di Indonesia, iaitu menunggang motosikal lasak.
Dalam perjalanan pulang ke Surabaya semula, sempat singgah di salah satu kedai buah-buahan di tepi jalan untuk membeli buah Adpokat atau buah Avokado



Buah Adpokat ini dijual dengan harga 10,000 rupiah untuk satu kilogram atau RM3.00 untuk satu kilogram
Antara remaja yang berada di tepi jalan. Mengambil upah membersihkan cermin kereta.




Gadis ini cuba untuk menyeberangi jalan sambil mendukung adiknya. Jalan-jalan di Indonesia sesak ekoran jalan yang sempit dan terlalu banyak kenderaan seperti motosikal dan kereta.
Salah seorang sukarelawan yang mengambil alih tugas polis trafik. Mereka melakukan tugas ini secara sukarela. 
Mereka hanya mengharapkan wang ehsan daripada pemandu kereta. Wang ehsan yang diberikan sekita 2,000 rupiah atau RM0,60 sen.



Ibu muda ini berlegar di bahu jalan bagi mengutip derma dari pemandu kenderaan sambil membawa anaknya yang masih kecil.


Polis wanita in menutup mukanya menggunakan 'masker' atau penutup mulut ekoran asap kenderaan yang terlalu tebal keluar dari ekzos kereta dan motosikal.
Penunggang motosikal menunggu lampu hijau sebelum melangkah ke destinasi yang ingin dituju. Gambar diambil sekitar jam 5 petang waktu Indonesia. Jalan sesak.
Bukan sahaja remaja lelaki, malah remaja perempuan ini turut menjadi 'pengamen' untuk mendapatkan wang 'recehan' daripada pemandu kenderaan. 


Salah seorang pemandu 'beca' ini duduk di kaki lima menunggu pelanggannya. Dia harus bersaing dengan pemandu 'ojek' yang lain untuk mendapatkan rezeki.
Salah seorang penduduk tempatan yang sudi menjaga lalu lintas ketika melalui kawasan perumahan yang keadaan fizikal jalannya agak sempit untuk dilalui kereta.

***

Hari Ketiga


Salah seorang pemandu teksi Bluebird di Surabaya. Teksi Bluebird merupakan salah satu syarikat teksi yang boleh dipercayai bagi mereka yang berkunjung ke Indonesi ini.
'Unjuk rasa' atau tunjuk perasaan dilakukan oleh sekumpulan wanita. Mereka berdiri di kaki lima jalan sambil melaungkan 'Allahuakbar'
Kanak-kanak turut dibawa ke 'unjuk rasa'
'Unjuk rasa' itu dilakukan sempena hari wanita sedunia. Mereka menuntut supaya hak-hak wanita tidak diketepikan oleh Kerajaan Republik Indonesia.
Salah seorang peserta memberikan 'flyers' kepada penulis.


Remaja berdiri di tengah jalan raya untuk menjual surat khabar. Antar surat khabar 'mainstream' adalah Jawa Post




'Rokok boleh membunuhmu', itu lah iklan-iklan yang dipasang di jalan-jalan utama bagi memberi kesedaran kepada rakyatnya. Walau bagaimanpun, iklan tersebut gagal memberi apa-apa makna. 
Hujan turun dengan lebat. Ia menyebabkan remaja ini berselindung di dalam jaket hujan bapanya.